Saturday, September 6, 2008

BUKA di MANA??



Al-kisahnya di suatu petang yang hening ahli-ahli rumah menunggu kepulangan ahli rumah 2 yang keluar entah ke mana. Ahli-ahli rumah menunggu ahli rumah 2 untuk pergi ke bazaar ramadhan (maklumlah bulan puasa) maka ahli rumah 1 menghantar khidmat pesanan ringkas (taknak abis baku plak ayat) lalu setelah di balas, ahli-ahli rumah mendapati bahawa ahli rumah 2 mahu buka puasa di rumah kawan ahli rumah 2 (watak tambahan lagi). Setelah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan maka ahli-ahli rumah berangkat ke bazaar ramadhan.

Sampai sahaja di bazaar hujan mula turun dengan rintik. Ahli-ahli rumah yang tidak berpayung basah di hujani. Dek kerana mahu membeli juadah berbuka maka niat tetap di teruskan. Apa lagi macam-macam di beli untuk berbuka. Sedang asyik memilih lauk ternampak kelibat ahli rumah 2 sedang berjalan di dalam hujan bersama GADIS 'X' di bawah satu payung. Romantik semua cukup.

Maka ahli-ahli rumah tegur ahli rumah 2 seraya berkata "ini ke nama nya buka di rumah kawan ahli rumah 2?"

Friday, September 5, 2008

Skandal!!!

Masa Bukan Ahli Rumah 1 (watak tambahan) tengah bergayut ngan awek satu berita sedih meruntun jiwa telah diterima. Ada rumors yang bertiup memberitahu bahawa wanita idaman Ahli Rumah1 ada skandal!!. Hancur luluh hati beliau setelah mendengar perkabaran tersebut.. (background song, Mineral - Unfinished). Setelah bertahun-tahun menahan diri daripada sebarang godaan gadis-gadis ipt tempatan, ini balasan yang beliau terima.. Sumpahan-sumpahan.. Kesahihan berita tersebut masih menjadi tanda tanya. Sama-samalah kita berdoa ini adalah hanya rumors...

Hikayat bermula...


Sumpahan D-4-1 adalah hikayat yang mengisahkan 7 orang sahabat iaitu Ahli Rumah 1, Ahli Rumah 2, Ahli Rumah 3, Ahli Rumah 4, Ahli Rumah 5, Ahli Rumah 6, dan Ahli Rumah 7 yang bersama-sama menempuhi ranjau dan liku-liku kehidupan bersama-sama. Kisah yang bakal dipaparkan adalah mengenai kehidupan kami sehari-hari, kisah benar yang hadir bersama mitos-mitos dan hiperbola tahap melampau.

Setelah hampir setahun hidup bersama-sama ahli-ahli rumah merasakan bagai ada sumpahan yang hebat telah dikenakan kepada penghuni-penghuni rumah ini. Sumpahan bagaimana yang kami maksudkan? Sila ikuti post-post kami yang seterusnya kalian pasti akan faham sumpahan yang bagaimana yang kami maksudkan.

Semua kisah yang akan kalian lihat adalah berdasarkan situasi sebenar yang dihadapi oleh ahli-ahli gua sumpahan ini yang barangkali menarik barangkali sampah! Terpulang kepada kalian untuk menilainya.