Thursday, September 18, 2008

Perang Dunia Pertama di Pesona

Tarikh dan tempat kejadian adalah sepanjang bulan ramadhan di sekitar pangsapuri pesona. Bermula pada pukul 9. malam dan berlanjutan sehingga ke larut malam


Tentera Bersekutu Pesona

Ahli-ahli tentera : Terdiri daipada kanak- kanak bawah umur. Kebanyakkan nya masih
bersekolah rendah
Senjata utama : Beribu-ribu mercun bola
Pembekal senjata : mak bapak
Kubu Utama : di sebalik kereta mewah ahli-ahli rumah



Tentera- tentera Sumpahan

Ahli-ahli tentera : Ahli-ahli rumah
Senjata utama : maki hamun dan sumpah menyumpah
Pembekal senjata : hati yang panas membara, rasa mengantuk, banyak kerje, esok test
Kubu Utama : atas tilam depan tv

perkembangan terbaru : khabar angin menyatakan bahawa ahli2 rumah sedang cuba untuk mendapatkan bekalan mercun thunder clap untuk melakukan serangan hendap dari tingkap rumah. Biar budak2 tu tau aper akibat main mercun

Friday, September 12, 2008

Sfera Bodoh



Langkah disusun.. Momentum diambil.. Tenaga ditumpu.. HIAARGHH!!! Lalu dengan tepatnye bola bowling tersebut masuk longkang.. Itulah nasib ahli rumah 7 apabila melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan stamina yang tinggi.. Sebagai seorang yang lebih melibatkan diri dalam bidang keintelektualan, perkara ini menjadi pantang kepada beliau.. Pantang sahaja aktiviti yang melibatkan bola pasti beliau akan mengeluarkan hujah SFERA BODOH beliau.. Tidak mengapalah, Setiap seorang insan pasti akan mempunyai kelebihan masing-masing. Contahnya ahli rumah 7, Walaupun tahap athletic beliau di bawah par akan tetapi kehebatan beliau dengan gadis-gadis lingkungan juvana memang tak dapat dinafikan.. damn... hehehe

Wednesday, September 10, 2008

ANUGERAH "L" 2008


Bagi kami pangkat dato, tan sri , tun itu semua tidak penting tetapi sebaliknya adalah anugerah "L". Tiap2 tahun kami akan menantikan saat penting ini, iaitu pemenang anugerah "L" akan diumumkan. dan pada tahun ini ianya dimenangi oleh

ahli rumah 1

kepada ahli rumah 1 tahniah kerana berjaya mempertahankan gelaran anda. kepada ahli rumah yang lain saya tahu anda telah berusaha keras untuk memecahkan dominasi ahli rumah 1. mari kita berkeja sama dan berusaha dengan lebih keras lagi pada masa akan datang untuk merampas gelaran ini dari ahli rumah 1.

*L bermaksud L*S*R

Sumpahan Merebak!!


Kali ini saya ingin bercerita tentang seorang watak sampingan gua sumpahan kami yang paling kami sayang. Oleh kerana kasih sayang kami yang sangat agung,mendalam dan tidak berbelah bagi kepada watak sampingan ini, kami mengelarkan dia sebagab BUKAN ahli rumah 1.hidup kami bagaikan tidak lengkap jika tidak dapat melihat bayang nya.

Pada suatu masa dahulu kehidupan seharian BUKAN ahli rumah 1 sangat kencang. Setiap saat ada sahaja aktiviti yang dilakukan beliau. Kemana sahaja dia pergi, dia akan didampingi oleh 'keindahan-keindahan alam'.kereta Myvi nya tak pernah kenal erti letih, melayan kerenah tuan nya kesana dan kemari.

Tetapi sejak BUKAN ahli rumah 1 kerap melawat kami, beliau telah mula terperangkap di gua sumpahan ini. Hari demi hari sumpahan keatas beliau semakin parah. Akhirnya dia hampir menjadi seperti kami.kami berharap BUKAN ahli rumah 1 supaya jangan berputus asa,kuat kan semangat, gigih kan usaha anda.semoga anda maju jaya kelak.

Tuesday, September 9, 2008

Ditinggalkan Sekali Lagi...(L***R)



Selamat tinggal Christine.. Ahli Rumah 1 kembali sunyi... Loser, ya LOSER

Saturday, September 6, 2008

Hikayat ahli rumah 1 dan ahli rumah 3





Sejak detik pertemuan mereka di PASUM,ahli rumah 1 dan ahli rumah 3 bagaikan belangkas. mereka tidak dapat dipisahkan walaupun 5 minit masa berlalu. Di situ merekalah 'raja' merekalah 'wira'.

Tetapi zaman kegemilangan mereka telah berlalu. semenjak mereka berada di UiTM, gelaran yang tinggal hanyalah 'produk gagal'(jangan marah).apa saja yang mahu dikecapi pasti akan gagal jika mereka bersama.Suasana di permatang pauh ini bagaikan lesu,lemah, tidak bernyawa, jika mereka berjalan bersama. PELIK, semua 'bunga' pengindah suasana,'sinar harapan' yang menerangi kegelapan malam, ' bidadari-bidadari',seperti tidak mahu akan kehadiran mereka,dan menghilang disebabkan pasangan ini.

Munkin sebab ini jugalah ahli rumah 1 masih lagi sehingga sekarang tidak dapat menambat hati 'chenta agungnya'. dan mungkin sebab merekalah sumpahan rumah ini terjadi. Walau bagaimana pun ini hanyalah andaian saya sebagai ahli rumah 4(mungkin juga ahli rumah yang lain). kami berharap andaian ini hanyalah kebetulan semata-mata agar mereka hidup lebih bahagia di masa depan kelak, dan juga demi kebahagian penghuni D 4 1.

BUKA di MANA??



Al-kisahnya di suatu petang yang hening ahli-ahli rumah menunggu kepulangan ahli rumah 2 yang keluar entah ke mana. Ahli-ahli rumah menunggu ahli rumah 2 untuk pergi ke bazaar ramadhan (maklumlah bulan puasa) maka ahli rumah 1 menghantar khidmat pesanan ringkas (taknak abis baku plak ayat) lalu setelah di balas, ahli-ahli rumah mendapati bahawa ahli rumah 2 mahu buka puasa di rumah kawan ahli rumah 2 (watak tambahan lagi). Setelah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan maka ahli-ahli rumah berangkat ke bazaar ramadhan.

Sampai sahaja di bazaar hujan mula turun dengan rintik. Ahli-ahli rumah yang tidak berpayung basah di hujani. Dek kerana mahu membeli juadah berbuka maka niat tetap di teruskan. Apa lagi macam-macam di beli untuk berbuka. Sedang asyik memilih lauk ternampak kelibat ahli rumah 2 sedang berjalan di dalam hujan bersama GADIS 'X' di bawah satu payung. Romantik semua cukup.

Maka ahli-ahli rumah tegur ahli rumah 2 seraya berkata "ini ke nama nya buka di rumah kawan ahli rumah 2?"

Friday, September 5, 2008

Skandal!!!

Masa Bukan Ahli Rumah 1 (watak tambahan) tengah bergayut ngan awek satu berita sedih meruntun jiwa telah diterima. Ada rumors yang bertiup memberitahu bahawa wanita idaman Ahli Rumah1 ada skandal!!. Hancur luluh hati beliau setelah mendengar perkabaran tersebut.. (background song, Mineral - Unfinished). Setelah bertahun-tahun menahan diri daripada sebarang godaan gadis-gadis ipt tempatan, ini balasan yang beliau terima.. Sumpahan-sumpahan.. Kesahihan berita tersebut masih menjadi tanda tanya. Sama-samalah kita berdoa ini adalah hanya rumors...

Hikayat bermula...


Sumpahan D-4-1 adalah hikayat yang mengisahkan 7 orang sahabat iaitu Ahli Rumah 1, Ahli Rumah 2, Ahli Rumah 3, Ahli Rumah 4, Ahli Rumah 5, Ahli Rumah 6, dan Ahli Rumah 7 yang bersama-sama menempuhi ranjau dan liku-liku kehidupan bersama-sama. Kisah yang bakal dipaparkan adalah mengenai kehidupan kami sehari-hari, kisah benar yang hadir bersama mitos-mitos dan hiperbola tahap melampau.

Setelah hampir setahun hidup bersama-sama ahli-ahli rumah merasakan bagai ada sumpahan yang hebat telah dikenakan kepada penghuni-penghuni rumah ini. Sumpahan bagaimana yang kami maksudkan? Sila ikuti post-post kami yang seterusnya kalian pasti akan faham sumpahan yang bagaimana yang kami maksudkan.

Semua kisah yang akan kalian lihat adalah berdasarkan situasi sebenar yang dihadapi oleh ahli-ahli gua sumpahan ini yang barangkali menarik barangkali sampah! Terpulang kepada kalian untuk menilainya.