Sunday, October 26, 2008

Kembar2 kami yang berjaye

haha...kitorang nak perkenal kan kembar2 kitorang yg sangat berjaye lagi suksess...tak macam kami...haha








dan mereke sekarang sangat sombong.....wahahahhahaa

Soalan bocor UiTM Penang

memandangkan skarang ni budak2 uitm tgh bz exam ni aku kasi satu tips tuk korang sume
so pandai2 la korang pkir sendiri....semoga aku dapat A+ subjek nih

Thursday, October 2, 2008

Pembantu rumah kami lari



sejak beberape minggu lalu...kami telah mengambil seorang pembantu rum ah untuk menyelesaikan masalah rumah kami, yg terdiri daripada pinggan tak basuh, lantai tak penah sapu, bersepagh dan sebagainye. sebenanrnye ramai gler nak jadi pembantu rumah kat gua kami.maklum lah bayaran nyer sangat lumayan.


pembantu rumah kami ni sangat berguna. selain tau memasak, rajin basuh baju, rajin kemas rumah biler budak2 pegi kelas, die juga pandai main badminton (macam roslin hashim die main), selain tu pandai gak main drum(boleh bawak pegi jamming), ramai kawan wanita (boleh ajak lepak2 kalau bosan), dan pandai buat bunyi kuda( boleh buat kami gelak).

kami pun tak tau kenape die lari. nak kate bosan, banyak jer kerje tuk die kami sediakan. nak kate penat puase tak tau la die puase ke tak. nak kate kurang kasih sayang, tiap2 malam kami peluk die. mungkin nasib kami kurang baik. bukan senang nak cari pengganti die nih

dalam banyak2...kenape batman.....

Your results:
You are Batman
























Batman
60%
Catwoman
55%
Spider-Man
50%
Supergirl
48%
Superman
45%
Green Lantern
45%
Robin
40%
Hulk
40%
The Flash
40%
Iron Man
35%
Wonder Woman
13%
You are dark, love gadgets
and have vowed to help the innocent
not suffer the pain you have endured.


Click here to take the "Which Superhero are you?" quiz...



shial betul....bapak anti joker nyer aku... - ahli rumah 4 -

Thursday, September 18, 2008

Perang Dunia Pertama di Pesona

Tarikh dan tempat kejadian adalah sepanjang bulan ramadhan di sekitar pangsapuri pesona. Bermula pada pukul 9. malam dan berlanjutan sehingga ke larut malam


Tentera Bersekutu Pesona

Ahli-ahli tentera : Terdiri daipada kanak- kanak bawah umur. Kebanyakkan nya masih
bersekolah rendah
Senjata utama : Beribu-ribu mercun bola
Pembekal senjata : mak bapak
Kubu Utama : di sebalik kereta mewah ahli-ahli rumah



Tentera- tentera Sumpahan

Ahli-ahli tentera : Ahli-ahli rumah
Senjata utama : maki hamun dan sumpah menyumpah
Pembekal senjata : hati yang panas membara, rasa mengantuk, banyak kerje, esok test
Kubu Utama : atas tilam depan tv

perkembangan terbaru : khabar angin menyatakan bahawa ahli2 rumah sedang cuba untuk mendapatkan bekalan mercun thunder clap untuk melakukan serangan hendap dari tingkap rumah. Biar budak2 tu tau aper akibat main mercun

Friday, September 12, 2008

Sfera Bodoh



Langkah disusun.. Momentum diambil.. Tenaga ditumpu.. HIAARGHH!!! Lalu dengan tepatnye bola bowling tersebut masuk longkang.. Itulah nasib ahli rumah 7 apabila melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan stamina yang tinggi.. Sebagai seorang yang lebih melibatkan diri dalam bidang keintelektualan, perkara ini menjadi pantang kepada beliau.. Pantang sahaja aktiviti yang melibatkan bola pasti beliau akan mengeluarkan hujah SFERA BODOH beliau.. Tidak mengapalah, Setiap seorang insan pasti akan mempunyai kelebihan masing-masing. Contahnya ahli rumah 7, Walaupun tahap athletic beliau di bawah par akan tetapi kehebatan beliau dengan gadis-gadis lingkungan juvana memang tak dapat dinafikan.. damn... hehehe

Wednesday, September 10, 2008

ANUGERAH "L" 2008


Bagi kami pangkat dato, tan sri , tun itu semua tidak penting tetapi sebaliknya adalah anugerah "L". Tiap2 tahun kami akan menantikan saat penting ini, iaitu pemenang anugerah "L" akan diumumkan. dan pada tahun ini ianya dimenangi oleh

ahli rumah 1

kepada ahli rumah 1 tahniah kerana berjaya mempertahankan gelaran anda. kepada ahli rumah yang lain saya tahu anda telah berusaha keras untuk memecahkan dominasi ahli rumah 1. mari kita berkeja sama dan berusaha dengan lebih keras lagi pada masa akan datang untuk merampas gelaran ini dari ahli rumah 1.

*L bermaksud L*S*R

Sumpahan Merebak!!


Kali ini saya ingin bercerita tentang seorang watak sampingan gua sumpahan kami yang paling kami sayang. Oleh kerana kasih sayang kami yang sangat agung,mendalam dan tidak berbelah bagi kepada watak sampingan ini, kami mengelarkan dia sebagab BUKAN ahli rumah 1.hidup kami bagaikan tidak lengkap jika tidak dapat melihat bayang nya.

Pada suatu masa dahulu kehidupan seharian BUKAN ahli rumah 1 sangat kencang. Setiap saat ada sahaja aktiviti yang dilakukan beliau. Kemana sahaja dia pergi, dia akan didampingi oleh 'keindahan-keindahan alam'.kereta Myvi nya tak pernah kenal erti letih, melayan kerenah tuan nya kesana dan kemari.

Tetapi sejak BUKAN ahli rumah 1 kerap melawat kami, beliau telah mula terperangkap di gua sumpahan ini. Hari demi hari sumpahan keatas beliau semakin parah. Akhirnya dia hampir menjadi seperti kami.kami berharap BUKAN ahli rumah 1 supaya jangan berputus asa,kuat kan semangat, gigih kan usaha anda.semoga anda maju jaya kelak.

Tuesday, September 9, 2008

Ditinggalkan Sekali Lagi...(L***R)



Selamat tinggal Christine.. Ahli Rumah 1 kembali sunyi... Loser, ya LOSER

Saturday, September 6, 2008

Hikayat ahli rumah 1 dan ahli rumah 3





Sejak detik pertemuan mereka di PASUM,ahli rumah 1 dan ahli rumah 3 bagaikan belangkas. mereka tidak dapat dipisahkan walaupun 5 minit masa berlalu. Di situ merekalah 'raja' merekalah 'wira'.

Tetapi zaman kegemilangan mereka telah berlalu. semenjak mereka berada di UiTM, gelaran yang tinggal hanyalah 'produk gagal'(jangan marah).apa saja yang mahu dikecapi pasti akan gagal jika mereka bersama.Suasana di permatang pauh ini bagaikan lesu,lemah, tidak bernyawa, jika mereka berjalan bersama. PELIK, semua 'bunga' pengindah suasana,'sinar harapan' yang menerangi kegelapan malam, ' bidadari-bidadari',seperti tidak mahu akan kehadiran mereka,dan menghilang disebabkan pasangan ini.

Munkin sebab ini jugalah ahli rumah 1 masih lagi sehingga sekarang tidak dapat menambat hati 'chenta agungnya'. dan mungkin sebab merekalah sumpahan rumah ini terjadi. Walau bagaimana pun ini hanyalah andaian saya sebagai ahli rumah 4(mungkin juga ahli rumah yang lain). kami berharap andaian ini hanyalah kebetulan semata-mata agar mereka hidup lebih bahagia di masa depan kelak, dan juga demi kebahagian penghuni D 4 1.